PERISYTIHARAN JUALAN LELONG
DALAM PEJABAT DAERAH DAN TANAH MELAKA TENGAH,
DALAM NEGERI MELAKA, MALAYSIA
RUJ. PTMT : 0401AUC2019000033
ANTARA
MALAYAN BANKING BERHAD (No. Syarikat : 3813-K) .... PEMEGANG GADAIAN
DAN
PENGGADAI
TARIKH LELONG : 29HB. JANUARI 2021 (HARI JUMAAT)
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : DI PERKARANGAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH MELAKA TENGAH,
ARAS BAWAH DAN ARAS 1, BANGUNAN WISMA NEGERI, HANG TUAH
JAYA, 75450 AYER KEROH, MELAKA.
HARGA RIZAB : RM390,000.00
BUTIR-BUTIR HARTANAH:
No. Hakmilik : GM 276 No. Lot : Lot 4089
Mukim/Daerah/Negeri : Tanjong Kling / Melaka Tengah / Melaka
Keluasan Tanah : 546 meter persegi Cukai Tahunan : RM51.00
Kegunaan Tanah : Bangunan Pegangan : Selama-lamanya
Pemilik Berdaftar : 1/1 bahagian
Syarat-syarat Nyata : Untuk rumah kediaman sahaja.
Sekatan Kepentingan : Kod A
Tanah ini tidak boleh dipindahmilik atau dipajak kecuali dengan kebenaran
Pihak Berkuasa Negeri. Sekatan kepentingan ini dikecualikan kepada orang
Melayu.
Endosmen : Kaveat persendirian dimasukkan oleh Siti Fauziah Binti Sahak melalui No.
Perserahan 0401B2020000119 didaftarkan pada 14 Januari 2020.
Bebanan : Digadaikan kepada Malayan Banking Berhad melalui No. Perserahan
0401SC2009003035 didaftarkan pada 28 April 2009.
LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH :
Hartanah tersebut merupakan sebuah rumah berkembar satu tingkat di bawah sekatan ”Kod A”
yang beralamat pos di No. 1, Jalan Seri Tanjung 2, Taman Seri Tanjung, 76400 Tanjung Kling, Melaka.
CARA MENAWAR :
Sesiapa yang berminat untuk membuat tawaran mestilah mendepositkan 10% dari Harga Rizab dalam
bentuk bank deraf di atas nama MALAYAN BANKING BERHAD dengan menyerahkan kepada Pentadbir
Tanah Daerah Melaka Tengah yang berkenaan sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan awam.
1. Baki dari harga belian hendaklah dibayar dalam tempoh Satu Ratus Dua Puluh (120) hari dari tarikh
jualan kepada MALAYAN BANKING BERHAD dan tiada lanjutan tempoh masa dibenarkan.
2. Sekiranya harga belian tidak dibayar sepenuhnya dalam masa yang ditetapkan, deposit akan
dilucutkan dan dilupuskan mengikut peruntukan Seksyen 267(A), Kanun Tanah Negara (KTN).
Nota : “Sesiapa yang berminat untuk membeli hartanah ini adalah dinasihatkan supaya membuat
semakan hakmilik secara rasmi di Pejabat Daerah dan Tanah berkaitan dan memeriksa hartanah
berkenaan sebelum tarikh lelong”
Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan :-
1) Nama Pelelong : Chong Kong Ming
Syarikat Pelelong : City Auctioneer
Alamat : No. 61-1, Jalan 45/26, Taman Sri Rampai, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.
No. Telefon : 03-4023 3063 / 012-339 2605
2) Firma Guaman : Tetuan Salina Taib & Co.
Alamat : No. 86, Jalan Melaka Raya 25, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka.
No. Telefon : 06-282 0614
No. Rujukan : ST/LT/2397/17(MBB)/yml/fi fi