PERISYTIHARAN JUALAN
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR
PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO: WA-38-912-09/2019
ANTARA
CIMB BANK BERHAD [NO. SYARIKAT. 197201001799 / (13491-P)] …PLAINTIF
(dahulunya dikenali sebagai Bumiputra-Commerce Bank Berhad)
DAN
DEFENDAN-DEFENDAN
AKAN MENJUAL SECARA LELONGAN AWAM
PADA HARI SELASA 2HB MAC 2021 - JAM: 9.00 PAGI
DI BILIK LELONG, BAHAGIAN PERLAKSANAAN,
MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR,
ARAS 2, SAYAP KIRI, KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR,
JALAN TUANKU ABDUL HALIM, (JALAN DUTA) 50592 KUALA LUMPUR
BUTIR-BUTIR HAKMILIK
No. Hakmilik : H.S.(D) 42641 No. P.T : 57851
Bandar / Daerah / Negeri : Dengkil / Sepang / Selangor Darul Ehsan
Pegangan : Pajakan selama 99 tahun tarikh luput pada 20hb Julai, 2115
Keluasan Lantai : 260 meter persegi (2,799 kaki persegi)
Pemilik Berdaftar :
Sekatan Kepentingan : Tanah ini tidak boleh dipindah milik, dipajak atau digadai melainkan
dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri
Bebanan : Dicagarkan kepada CIMB Bank Berhad melalui No.Perserahan
32091/2018 dan didaftarkan pada 9.4.2018
Kawasan Rizab : Tanah Simpanan Melayu
NOTA : Bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi
di Pejabat Tanah dan memeriksa semua tanggungan, bebanan serta mengenal
pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum jualan lelong dijalankan.
LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH:- Hartanah tersebut adalah sebuah rumah berkembar
dua tingkat lot pertengahan yang beralamat di NO. 12, JALAN DB 2, TAMAN DESIRAN
BAYU, 47120 SELANGOR DARUL EHSAN. HARGA RIZAB:- Hartanah tersebut
akan dijual dalam keadaan “sepertimana sedia ada” tertakluk kepada satu harga rizab sebanyak
RM642,000.00 (RINGGIT MALAYSIA: ENAM RATUS EMPAT PULUH DUA
RIBU SAHAJA) dan kepada Syarat-Syarat Jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat
hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk BANK DRAF diatas
nama CIMB BANK BERHAD sebelum Jam 8.30 pagi pada hari lelongan. Baki harga
belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada CIMB BANK BERHAD dalam
tempoh Satu Ratus Dua Puluh (120) hari dari tarikh jualan. Untuk butir-butir selanjutnya,
sila hubungi dengan :- MAJUJAYA AUCTION HOUSE - 03-22605187
TETUAN NIK HUSSAIN & PARTNERS - TINGKAT 27, MENARA KH (DAHULUNYA
MENARA PROMET), JALAN SULTAN ISMAIL, 50250 KUALA LUMPUR.
No. Rujukan:TKT/711-064/2019/CIMBHC - 03-27882888